Monday, March 02, 2015

I like this status...my inspiration.

credit to En Fazreen..

Bagaimana saya survive..
Ramai yang nak tahu ini memandangkan mereka tidak nampak dari mana duit saya datang. Dan berada dalam startup perlu ikat perut bukan?
Jangan risau saya sendiri pun tak nampak daripada mana duit saya datang, yang saya tahu saya ada road map dan saya stick pada kerja hakiki seorang usahawan.
Saya sudah mencari duit secara serius sejak umur 20 tahun jadi sudah tentu saya ada simpanan.
Jadi ini tip dan apa yang saya buat personally pernah dikongsikan semasa sesi minum kopi ABS 2 tahun lepas.
1. Duit bayar sewa rumah = usahakan satu projek/produk
2. Duit bulanan kereta = usahakan satu projek/produk
3. Duit bulanan motor = usahakan satu projek/produk
4. Duit makan = tidak pernah plan. Bagi saya "aku tak akan mati kalau tak makan".
Paling menyedihkan saya tidak mempunyai kereta dan saya menunggang scooter yang berusia 8 tahun. Dan beruntung banyak sebab dapat makwe cun (akhlak dan rupa) yang sanggup jadi Isteri bulan 5 ini walaupun diri ini selekeh.
Perbelanjaan terbesar saya ialah rumah (tempat saya menghabiskan masa, bekerja dan entertain anda) dan juga menyara serba sedikit keluarga di kampung.
Bertambah sedih, saya tidak merokok.
Oh ya dan berkenaan travel saya memegang formula ini, 2 tahun sekali akan keluar jauh dari Malaysia. Satu tahun cari duit, satu tahun keluar. Dan yang membayar perbelanjaan travel saya ialah dividen ASB lebih kurang 7k-8k setahun. Duit simpanan ASB saya anggap sebagai duit mati. Setiap bulan menyimpan tanpa ambil peduli.
Jangan lupa setiap hari derma (belanja kawan, beli tisu makcik buta tepi jalan dan apa saja yang mampu menambah pahala: topup sembahyang yang masih tidak sempurna).
You will be ok in this world.

No comments: