Tuesday, June 16, 2015

Saya Akan Jadi Jutawan! Confirm!!

Tapi camne caranya? Tak tau lagi..Tapi cita-cita mesti ada..
Bila sebut cita-cita nak jadi jutawan..macam-macam hajat dan impian bermain di fikiran aku.
Nak bebas hutang/kewangan lah, nak kereta idamanlah, nak duduk kat rumah alamat gempak lah, nak handbag branded lah, banyak lagi lah..unlimited wants and needs...
Tapi nak mencapai hasrat terpendam tu banyak pengorbanan dan usaha yang aku mesti lakukan dari sekarang..Katakan aku berhasrat nak jadi jutawan dalam masa 7 tahun lagi..

Maka ;
RM 1,000,000.00 / 7 tahun=  ~RM 142,860.00 setahun aku kena dapatkan.
Jadi ,dalam sebulan ;
RM 142,860.00 / 12 bulan = ~RM 11,905.00 sebulan aku kena dapatkan.

Dengan anggapan active income bulanan aku ialah RM 5,500.00  ;
Maka, RM 11,905.00- RM 5,500.00= RM 6,405.00 aku kena tambah melalui passive income ku atau dengan cara-cara lain bagi setiap bulan.

This is my first step on my journey to become a self-made millionaire.

Tuesday, March 03, 2015

Makan Gaji Tapi Kaya Harta..woww!!

credit to encik izwan

6 Kriteria Mereka Yang Makan Gaji Tapi Kaya Harta
===========
.
Jika tetuan berniat nak jadi kaya dengan berbisnes, lalu memutuskan untuk berhenti kerja, maka ketahuilah, makan gaji pun boleh jadi kaya harta juga.
.
Maka, apa yang membezakan orang yang makan gaji tetapi kaya harta dengan kita yang makan gaji tetapi cukup-cukup makan sahaja? (Ya, saya belum kaya harta lagi, dan saya masih makan gaji.)
.
Kriteria 1: Menyimpan dengan konsisten
-----------
.
Kita boleh lihat, orang yang kaya harta, tidak kira melalui jalan berniaga dan juga jalan makan gaji, konsisten dalam menyimpan.
.
Cara mereka konsisten menyimpan juga mudah: Dapat sahaja duit untuk kegunaan isi rumah, terus disimpan 10% atau lebih daripada jumlah tersebut mengikut keselesaan mereka.
.
Ada yang menerima gaji melalui bank, sudah ada sistem yang akan transfer wang gaji dalam dalam bank terus ke akaun Tabung Haji secara automatik. Maka, selebihnya boleh dihabiskan untuk belanja isi rumah. Mereka tidak risau lagi tidak menyimpan.
.
Kriteria 2: Konsisten Berhubung dengan Pemiutang
-----------
.
Ini pun sama juga. Mereka tidak takut dengan bank. Mereka tahu hak-hak mereka sebagai peminjam.
.
Contohnya, ada ketika mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta. Apa yang mereka lakukan? BUKAN sorok kereta. BUKAN buat tidak tahu. Tetapi mereka telefon bank dan mohon tangguh. Kemudian mengikut segala prosedur.
.
Mereka ada mindset yang "Semua perkara boleh dibawa berbincang". Lebih-lebih lagi dengan pihak yang berurusan secara rasmi dengan mereka seperti Bank, Tuan Rumah, Bos ditempat kerja dan lain-lain.
.
Kriteria 3: Menjaga Hubungan Baik
-----------
.
Kita boleh lihat, fokus utama mereka yang kaya harta jarang sekali berkisar tentang harta, tetapi hubungan baik dengan semua pihak yang sepatutnya, semua orang yang tidak berniat jahat kepada mereka.
.
Antara pihak yang penting untuk dijaga hubungan baik adalah Allah (ya, itu paling penting ya... jaga solat <-- adik-beradik="" bapa="" br="" dan="" diri="" handai.="" ibu="" juga="" kemudian="" kepada="" nak="" niaga="" pesan="" sahabat="" saudara-mara="" sebagainya.="" sendiri="" steri="" suami="" supplier="" turun="" untuk="" vendor=""> .
Namun jika terbukti ada yang berniat jahat mereka akan:
.
Kriteria 4: Tegas dalam Hubungan
-----------
.
Ya, mereka akan bertegas dan 'point out' yang pihak tersebut berniat jahat. Mereka tidak cakap2 belakang dan juga tidak menuduh secara terbuka.
.
Mereka tegas kerana hasrat utama mereka adalah untuk menjaga hubungan baik dengan semua orang. Bertegas dengan mereka yang cuba menganiaya kita adalah salah satu jalan mengukuhkan hubungan baik. Ini kerana mungkin sahaja pihak satu lagi tidak sedar mereka sedang menganiayai kita. Lalu mereka akan membetulkan kesalahan.
.
Kriteria 5: Menunaikan Janji
-----------
.
Ini adalah jalan paling mudah membina kredibiliti dan integriti. Mereka yang kaya harta adalah mereka yang berintegriti, tidak kira makan gaji atau berniaga.
.
Pekerja yang berintegriti lebih mudah naik pangkat dan naik gaji. Peniaga yang berintegriti lebih disayangi pembeli dan pembekal.
Suami/isteri yang berintegriti lebih dipercayai dan lebih bebas berurusan.
.
Apabila sudah berjanji, berusahalah untuk deliver.
.
Maka kita perlu berhati-hati apabile berjanji. Kecil atau besar, ia tetap perlu ditunaikan. Dan ya, janji kepada anak isteri kita sama pentingnya dengan janji kepada pembeli dan pembekal kita, jika tidak lebih penting!
.
Kriteria 6: Belajar dan Buat
-----------
.
Mereka yang makan gaji tetapi kaya harta lebih banyak diberi peluang oleh ketua mereka. Mengapa? Kerana mereka sentiasa laparkan ilmu dan daahagakan kemahiran baru. Mereka belajar benda baru dan sedia mengaplikasi skill tersebut. Ketua yang bagus amat suka ahli tim seperti ini kerana memudahkan kerja mereka.
.
Perkara ini juga penting apabila kita mula berniaga. Setiap perkara dalam berniaga pastinya benda baru kepada kita yang makan gaji. Maka kita perlu ada aptitud yang tinggi untuk terus belajar dan buat perkara yang kita belajar.
.
Mana lagi penting, belajar atau buat?
.
Dua-dua penting! Lepas belajar terus buat! Jangan belajar-belajar dan terus belajar tetapi tidak buat. Nanti tidak kemana.
.
Paling kurang pun buat terus. Kerana jika tersalah, kita boleh betulkan. Pastikan ada cara untuk kita tahu kita tersalah buat. Mungkin sasaran khusus ataupun mentor yang boleh memberitahu kita kesalahan kita.
.
---------------
.
Itulah 6 kriteria yang ada pada mereka yang makan gaji tetapi kaya harta. Semuanya berkisar tentang sikap dan interaksi kita dengan semua pihak. Semuanya bawah kawalan kita.
.
Maka tiada sebab untuk kita yang makan gaji, tidak kaya harta.

Monday, March 02, 2015

I like this status...my inspiration.

credit to En Fazreen..

Bagaimana saya survive..
Ramai yang nak tahu ini memandangkan mereka tidak nampak dari mana duit saya datang. Dan berada dalam startup perlu ikat perut bukan?
Jangan risau saya sendiri pun tak nampak daripada mana duit saya datang, yang saya tahu saya ada road map dan saya stick pada kerja hakiki seorang usahawan.
Saya sudah mencari duit secara serius sejak umur 20 tahun jadi sudah tentu saya ada simpanan.
Jadi ini tip dan apa yang saya buat personally pernah dikongsikan semasa sesi minum kopi ABS 2 tahun lepas.
1. Duit bayar sewa rumah = usahakan satu projek/produk
2. Duit bulanan kereta = usahakan satu projek/produk
3. Duit bulanan motor = usahakan satu projek/produk
4. Duit makan = tidak pernah plan. Bagi saya "aku tak akan mati kalau tak makan".
Paling menyedihkan saya tidak mempunyai kereta dan saya menunggang scooter yang berusia 8 tahun. Dan beruntung banyak sebab dapat makwe cun (akhlak dan rupa) yang sanggup jadi Isteri bulan 5 ini walaupun diri ini selekeh.
Perbelanjaan terbesar saya ialah rumah (tempat saya menghabiskan masa, bekerja dan entertain anda) dan juga menyara serba sedikit keluarga di kampung.
Bertambah sedih, saya tidak merokok.
Oh ya dan berkenaan travel saya memegang formula ini, 2 tahun sekali akan keluar jauh dari Malaysia. Satu tahun cari duit, satu tahun keluar. Dan yang membayar perbelanjaan travel saya ialah dividen ASB lebih kurang 7k-8k setahun. Duit simpanan ASB saya anggap sebagai duit mati. Setiap bulan menyimpan tanpa ambil peduli.
Jangan lupa setiap hari derma (belanja kawan, beli tisu makcik buta tepi jalan dan apa saja yang mampu menambah pahala: topup sembahyang yang masih tidak sempurna).
You will be ok in this world.