credit to encik izwan
6 Kriteria Mereka Yang Makan Gaji Tapi Kaya Harta
===========
.
Jika tetuan berniat nak jadi kaya dengan berbisnes, lalu memutuskan untuk berhenti kerja, maka ketahuilah, makan gaji pun boleh jadi kaya harta juga.
.
Maka, apa yang membezakan orang yang makan gaji tetapi kaya harta
dengan kita yang makan gaji tetapi cukup-cukup makan sahaja? (Ya, saya
belum kaya harta lagi, dan saya masih makan gaji.)
.
Kriteria 1: Menyimpan dengan konsisten
-----------
.
Kita boleh lihat, orang yang kaya harta, tidak kira melalui jalan
berniaga dan juga jalan makan gaji, konsisten dalam menyimpan.
.
Cara mereka konsisten menyimpan juga mudah: Dapat sahaja duit untuk
kegunaan isi rumah, terus disimpan 10% atau lebih daripada jumlah
tersebut mengikut keselesaan mereka.
.
Ada yang menerima gaji
melalui bank, sudah ada sistem yang akan transfer wang gaji dalam dalam
bank terus ke akaun Tabung Haji secara automatik. Maka, selebihnya boleh
dihabiskan untuk belanja isi rumah. Mereka tidak risau lagi tidak
menyimpan.
.
Kriteria 2: Konsisten Berhubung dengan Pemiutang
-----------
.
Ini pun sama juga. Mereka tidak takut dengan bank. Mereka tahu hak-hak mereka sebagai peminjam.
.
Contohnya, ada ketika mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan
kereta. Apa yang mereka lakukan? BUKAN sorok kereta. BUKAN buat tidak
tahu. Tetapi mereka telefon bank dan mohon tangguh. Kemudian mengikut
segala prosedur.
.
Mereka ada mindset yang "Semua perkara boleh
dibawa berbincang". Lebih-lebih lagi dengan pihak yang berurusan secara
rasmi dengan mereka seperti Bank, Tuan Rumah, Bos ditempat kerja dan
lain-lain.
.
Kriteria 3: Menjaga Hubungan Baik
-----------
.
Kita boleh lihat, fokus utama mereka yang kaya harta jarang sekali
berkisar tentang harta, tetapi hubungan baik dengan semua pihak yang
sepatutnya, semua orang yang tidak berniat jahat kepada mereka.
.
Antara pihak yang penting untuk dijaga hubungan baik adalah Allah (ya,
itu paling penting ya... jaga solat <-- adik-beradik="" bapa="" br="" dan="" diri="" handai.="" ibu="" juga="" kemudian="" kepada="" nak="" niaga="" pesan="" sahabat="" saudara-mara="" sebagainya.="" sendiri="" steri="" suami="" supplier="" turun="" untuk="" vendor=""> .
Namun jika terbukti ada yang berniat jahat mereka akan:
.
Kriteria 4: Tegas dalam Hubungan
-----------
.
Ya, mereka akan bertegas dan 'point out' yang pihak tersebut berniat
jahat. Mereka tidak cakap2 belakang dan juga tidak menuduh secara
terbuka.
.
Mereka tegas kerana hasrat utama mereka adalah untuk
menjaga hubungan baik dengan semua orang. Bertegas dengan mereka yang
cuba menganiaya kita adalah salah satu jalan mengukuhkan hubungan baik.
Ini kerana mungkin sahaja pihak satu lagi tidak sedar mereka sedang
menganiayai kita. Lalu mereka akan membetulkan kesalahan.
.
Kriteria 5: Menunaikan Janji
-----------
.
Ini adalah jalan paling mudah membina kredibiliti dan integriti. Mereka
yang kaya harta adalah mereka yang berintegriti, tidak kira makan gaji
atau berniaga.
.
Pekerja yang berintegriti lebih mudah naik
pangkat dan naik gaji. Peniaga yang berintegriti lebih disayangi pembeli
dan pembekal.
Suami/isteri yang berintegriti lebih dipercayai dan lebih bebas berurusan.
.
Apabila sudah berjanji, berusahalah untuk deliver.
.
Maka kita perlu berhati-hati apabile berjanji. Kecil atau besar, ia
tetap perlu ditunaikan. Dan ya, janji kepada anak isteri kita sama
pentingnya dengan janji kepada pembeli dan pembekal kita, jika tidak
lebih penting!
.
Kriteria 6: Belajar dan Buat
-----------
.
Mereka yang makan gaji tetapi kaya harta lebih banyak diberi peluang
oleh ketua mereka. Mengapa? Kerana mereka sentiasa laparkan ilmu dan
daahagakan kemahiran baru. Mereka belajar benda baru dan sedia
mengaplikasi skill tersebut. Ketua yang bagus amat suka ahli tim seperti
ini kerana memudahkan kerja mereka.
.
Perkara ini juga penting
apabila kita mula berniaga. Setiap perkara dalam berniaga pastinya benda
baru kepada kita yang makan gaji. Maka kita perlu ada aptitud yang
tinggi untuk terus belajar dan buat perkara yang kita belajar.
.
Mana lagi penting, belajar atau buat?
.
Dua-dua penting! Lepas belajar terus buat! Jangan belajar-belajar dan terus belajar tetapi tidak buat. Nanti tidak kemana.
.
Paling kurang pun buat terus. Kerana jika tersalah, kita boleh
betulkan. Pastikan ada cara untuk kita tahu kita tersalah buat. Mungkin
sasaran khusus ataupun mentor yang boleh memberitahu kita kesalahan
kita.
.
---------------
.
Itulah 6 kriteria yang ada
pada mereka yang makan gaji tetapi kaya harta. Semuanya berkisar tentang
sikap dan interaksi kita dengan semua pihak. Semuanya bawah kawalan
kita.
.
Maka tiada sebab untuk kita yang makan gaji, tidak kaya harta.-->
Tuesday, March 03, 2015
Monday, March 02, 2015
I like this status...my inspiration.
credit to En Fazreen..
Bagaimana saya survive..
Ramai yang nak tahu ini memandangkan mereka tidak nampak dari mana duit saya datang. Dan berada dalam startup perlu ikat perut bukan?
Jangan risau saya sendiri pun tak nampak daripada mana duit saya datang, yang saya tahu saya ada road map dan saya stick pada kerja hakiki seorang usahawan.
Saya sudah mencari duit secara serius sejak umur 20 tahun jadi sudah tentu saya ada simpanan.
Jadi ini tip dan apa yang saya buat personally pernah dikongsikan semasa sesi minum kopi ABS 2 tahun lepas.
1. Duit bayar sewa rumah = usahakan satu projek/produk
2. Duit bulanan kereta = usahakan satu projek/produk
3. Duit bulanan motor = usahakan satu projek/produk
4. Duit makan = tidak pernah plan. Bagi saya "aku tak akan mati kalau tak makan".
Paling menyedihkan saya tidak mempunyai kereta dan saya menunggang scooter yang berusia 8 tahun. Dan beruntung banyak sebab dapat makwe cun (akhlak dan rupa) yang sanggup jadi Isteri bulan 5 ini walaupun diri ini selekeh.
Perbelanjaan terbesar saya ialah rumah (tempat saya menghabiskan masa, bekerja dan entertain anda) dan juga menyara serba sedikit keluarga di kampung.
Bertambah sedih, saya tidak merokok.
Oh ya dan berkenaan travel saya memegang formula ini, 2 tahun sekali akan keluar jauh dari Malaysia. Satu tahun cari duit, satu tahun keluar. Dan yang membayar perbelanjaan travel saya ialah dividen ASB lebih kurang 7k-8k setahun. Duit simpanan ASB saya anggap sebagai duit mati. Setiap bulan menyimpan tanpa ambil peduli.
Jangan lupa setiap hari derma (belanja kawan, beli tisu makcik buta tepi jalan dan apa saja yang mampu menambah pahala: topup sembahyang yang masih tidak sempurna).
You will be ok in this world.

Subscribe to:
Posts (Atom)